Sunday, 13 December 2015


SUDAH CERMIN DIRI

Sahabat
Sudah cermin diri hari ini

Selama ini kita akan cermin diri untuk melihat penampilan kita bukan?

Yang perempuan kalau tengok cermin tak lain mesti nak betulkan tudung yang "senget", dan macam-macam lagi..

Kalau yang lelaki nie, tengok cermin nak tengok "kopiah" senget tak, hensem tak aku hari nie.. Macam-macam lagi lah

ATAU,
Ada orang bila lihat cermin dia terasa seolah-olah melihat "kekurangan" dan "kesalahan" yang bertompok pada dirinya..

Kita yang mana satu

Sahabat,
Marilah kita berdiri seketika di hadapan cermin,
Lalu renungkan sejenak dan tanya pada diri,

Mulailah dengan amati WAJAH,
Lalu tanya pada diri,

Adakah wajah ini akan bersinar bercahaya di syurga kelak⁉️
Atau wajah ini akan hangus legam terbakar oleh bara jahannam

Lalu tatap kedua MATA kita,
Dan tanya pada diri,

Adakah aku mampu untuk melihat syurga nan indah dengan kedua mata ini, adakah mata aku ini mampu menatap wajah Rasulullah dan para nabi, adakah mataku ini mampu melihat wajah ALLAH, adakah mata ini mampu melihat keindahan ahli-ahli syurga ⁉️
Atau mata ini akan ditosok bara neraka jahannam yang sangat panas sehingga mata ini terkeluar meleleh dengan bau busuk

Lalu tataplah MULUT,
Dan tanya pada diri,

Adakah mulut ini mampu melafazkan syahadah di akhir hanyat nanti⁉️
Atau mulut ini akan diberi makan buah zakum yang menghanguskan di jahannam