Monday, 27 April 2015



domes inside the Islamic Arts Museum, Kuala Lumpur

Sunday, 26 April 2015

Hijrah

Mudah disebut

Tapi sukar dilakukan

Hijrah ?

Hijrah la

bagaimana anda bersusah paya untuk menukarkan menu hidangan harian dengan lebih baik dengan cara berterusan(istiqamah)

Kita ini ibarat

Hari ini kita makan pizza

Esok lusa kita makan nasi dengan telur .

Iman naik turun

Tapi bagaimana kita nak istiqamah agar kita mampu makan nasi dengan ayam

Begitu juga la dengan hijrah

Kurang iman

Merundum jatuh hijrah terumbang ambing .

Friday, 24 April 2015

“Apa beza MAHU dan PERLU?” 

Kita mahu cinta, tapi Allah tahu kita akan lalai jika bercinta. Lalu DIA tangguh cinta kita untuk memberikan jodoh.

Kita mahu mewah, tapi Allah tahu kalau kita bermewah, kita akan lalai maka Dia berikan zuhud.

Kita mahu sentiasa gembira, tapi Allah tahu kalau kita tak lalui kesedihan, kita takkan menghargai kegembiraan.

Kita mahu selalu ketawa, tapi Allah tahu, kita akan lebih mengingati DIA dalam sedih.

Kita mahu segalanya mudah, tapi Allah tahu kalau semua benda boleh dapat dengan mudah, kita takkan bersungguh-sungguh meminta pada DIA.

Kita mahukan dunia, tapi Allah menguji kita kerana sebenarnya kita lebih perlukan akhirat. Maka DIA menyukarkan sedikit urusan dunia, agar kita bersenang di Syurga.

“ALLAH tak beri apa yang kita MAHU, tapi DIA beri apa yang kita PERLU”

Jadi

“Tak usah mengeluh jika terlepas sesuatu, Pasti ada ganti yang lebih baik."

Sunday, 19 April 2015

PESONA AKHLAK RASULULLAH

Suatu ketika Rasulullah SAW berjalan di Kota Makkah. Beliau melihat seorang wanita tua menunggu seseorang yang boleh diminta tolong membawakan barangnya. Begitu Rasulullah lalu di hadapannya, dia memanggil, “Hai orang Arab! Tolong bawakan barang ini, nanti aku bayar upahnya.”

Rasulullah SAW sengaja melalui di hadapan nenek itu karena bermaksud hendak menolongnya. Maka, ketika Rasulullah menghampirinya, beliau segera mengangkat barang-barang itu seraya berkata, “Aku akan mengangkatkan barangmu tanpa bayaran.”

Di tengah perjalanan, wanita itu berkata, “Menurut khabar yang beredar di Kota Makkah ini ada seseorang yang mengaku Nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah engkau dengan orang itu. Jangan sampai engkau teperdaya dan mempercayainya.” 

Wanita itu terus menerus mengatakan kata-kata cela dan nista terhadap Nabi Muhammad namun baginda tetap mendengar dengan sabar sambil mengangkat barang-barang wanita itu.

Nenek tua itu sama sekali tidak tahu bahwa pemuda yang menolongnya dan sedang bersamanya adalah Muhammad Rasulullah sendiri. Dia bertanya kepada Rasulullah ,” Wahai pemuda, kamu ini sungguh baik hati ,siapa namamu?. Maka beliau berkata kepada si nenek, “Aku inilah sebenarnya Muhammad…”

Nenek tua itu terperanjat begitu menyedari pemuda yang menolongnya adalah Muhammad yang diceritakannya. Maka, pada saat itu juga nenek itu langsung meminta maaf dan bersyahadat masuk Islam. Dia pun kemudian memuji akhlak Nabi Muhammad. “Sungguh engkau memiliki akhlak yang mulia dan luhur.”

Sunday, 12 April 2015

"Bila dah pasang 'nawaitu' nak berubah tu. Go on. Allah dah
ketuk pintu hati. Pandang terus ke depan. Step by step."

Moga istiqamah sahabat

Friday, 10 April 2015

Sering terlupa pada insan yang sudah menyayangi sebelum kita wujud lagi

Sibuk . Letih . Beza waktu .
Alasan yang dikatakan punca

Sedangkan baginda setiap malam berdoa , merintih merindui ummat yang tidak pernah bersua

Tuesday, 7 April 2015

Lepas solat,
Capai handphone 
Tersengih sendirian.
Penangan whatsapp barangkali..
Penangan wechat barangkali..
Penangan ig barangkali..
Penangan fb barangkali..
Jari laju mengetuk skrin telefon.
Laju sampai terlupa adab dengan Allah lepas solat.
Zikirnya tiada..
Alunan surat cinta dariNya tiada..
Apatah lagi, doa..
Kita ambil mudah.
Tapi, cuba bila time hati kita remuk,
Cuba bila time kita tersungkur,
Tak larat nak bangun..
Tak mampu nak handle suatu ujian..
Doa kita jadi khusyuk..
Zikir kita jadi khusyuk..
Alunan bacaan surat cintaNya dibiarkan menyusup di hati..
Bila kita susah kita cari Allah..
Bila kita rasa senang sikit, mudahnya kita lupakanNya.
Hei,
Cuba belajar untuk 'setia'.
'Setia' bercinta denganNya tak kira susah atau senang.
Selamat bercinta dengan pencipta cinta.

Sunday, 5 April 2015

Dalam memburu solehah
ada kala dia lelah
Dia lemah
dia tersalah langkah
Dia tergelincir ke jurang ikhtilat
yang dia sendiri tak sedar

"Nak berhijrah jadi baik ni, tak semestinya kena terus pakai tudung labuh atau jubah. Jaga apa yang perlu. Bab aurat tu, labuhkan sikit tudung, aurat tangan dan kaki tu jaga sebaiknya. Amal ibadah dengan Allah mantapkan.

Istiqamah dalam amalan walaupun sedikit. Perbaiki diri sikit demi sikit, lama-lama cantik luar dan dalam. InsyaAllah.

"Nak jadi rama-rama yang cantik pun bermula dari kepompong, inikan pula manusia biasa."