Monday, 30 March 2015

Sultan Muhammad al-Fateh (30 Mac 1432 – 3 Mei 1481) atau Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fateh iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al-Fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze.
Baginda adalah Sultan yang memerintah Kerajaan Islam Uthmaniyyah dari tahun 1444 hingga 1446 dan kemudian dari tahun 1451 hingga 1481. Baginda menakluk dan membuka Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran dan kejatuhan Empayar Byzantine. Peluasan kekuasaaan Islam mengunjur sehinggalah ke Anatolia dan mara sampai ke Bosnia.
Sultan Muhammad al-Fateh dianggap sebagai perwira dan tokoh kepahlawanan umat Islam pada hari ini dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada pembuka dan penguasa agung dunia Islam era moden.
Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne, ibu negara Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Bapanya ialah Sultan Murad II (1404–51) dan ibunya Valide Sultan Hüma Hatun, dilahirkan di bandar Devrekani, Kastamonu.
Muhammad al-Fateh merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin). Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW: “ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan mengiktiraf kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin al-Wali yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya) yang kini dikenali sebagai Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fateh telah dibina bersebelahan makamnya.
Dikisahkan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Dalam tempuh kurang dua tahun, baginda memimpin 250 ribu tentera diiktiraf oleh Rasulullah SAW semuanya terdiri daripada tentera sebaik-baik tentera. Sebaik-baik yang dimaksudkan ialah bertaqwa. Orang bertaqwa sangat menjaga diri dari terlibat dengan dosa besar. Mereka menghindari dosa-dosa kecil.
Orang bertaqwa ialah orang yang hatinya sangat kuat dengan Allah. Takut dan cintakan Allah sangat ketara pada peribadi mereka. Mereka sangat kuat berkorban masa, tenaga, harta hatta nyawa untuk Allah, Rasul dan Islam. Cinta dunia tidak ada sama sekali sebaliknya mereka sangat cintakan Akhirat.
Bagaimana seorang pemimpin atau mana-mana Sultan mampu mendapatkan sejumlah tentera yang memiliki sifat-sifatnya tersebut dalam masa yang begitu singkat? Mampukah seorang pemimpin mendidik dan mengasuh atau memimpin sejumlah 250 ribu orang tentera yang semuanya baik-baik pada usia awal 20-an?
Sejurus sebelum memulakan kempen perang, Sultan Muhammad al-Fateh telah mengumpulkan seluruh tenteranya dalam satu sesi. Sebaik sebelum solat fardhu yang akan diimamkan oleh baginda sendiri, semua tenteranya diminta bangun berdiri tegak terlebih dahulu, lalu baginda mengajukan beberapa soalan antaranya;
1. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat fardhu walaupun sekali, silakan duduk. Semua tenteranya berdiri tegak, tanpa ada seorang pun yang duduk.
2. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat berjemaah walaupun sekali, sila duduk. Sebahagian tenteranya duduk.
3. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal sunat rawatib walaupun sekali, silakan duduk. Sebahagian besar tenteranya yang masih berdiri pun duduk. Baki yang masih bediri dari kebanyakannya adalah tentera yang kanan-kanan. Kemudian baginda bertanya lagi.
4. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat malam (tahajjud) walau pun sekali silakan duduk. Maka semua tentera yang tadinya masih berdiri tegak pun duduk.
Tinggallah Sultan Muhammad al-Fateh berdiri terpacak seorang diri di hadapan seluruh tenteranya. Maka fahamlah tentera-tentera Sultan Muhammad al-Fateh bahawa Sultan dan juga ketua tentera yang menjadi imam setiap kali solat berjemaah itu tidak pernah meninggalkan amalan solat sunat malam sejak baginda baligh walau pun sekali..
.
Wallahu'alam..

Saturday, 28 March 2015

yg aku pandang bukan kesempurnaan
yg aku mahu dia yg menyempurnakan

Wednesday, 18 March 2015

Sirah utk hari ini..
Utk iktibar diri sendiri..

Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Ab/ basiyah Iraq

Sultan Murad terasa pd satu mlm, perasaan tidak senang hati. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan ketua pasukan pengawal round masyarakat bandar Baghdad.

Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota, mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya.

Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!! Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!

Sultan Murad pun berteriak..
"Hey apa nie..? Mengapa kamu semua tak pedulikan si mayat ni..? Mana keluarga atau rumahnya? "

Kemudian ada seorg menjawab. "Si mayat ni org ZANDIQ (fasiq, jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!"

Tegur Sultan Murad, "Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW? Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !"

Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si mayat & balik.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawalnya.

Si isteri semasa menangis, berdoa. "Ya Allah, kasihani lah Wali Allah. Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SALIHIN"

Sultan Murad pun tegur si isteri. "Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayatnya?"

Jawab si isteri. "Saya sudah sangka akn brlaku begitu. Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin arak dan kemudian membawanya balik ke rumah. Kemudian dia menuang ke dlm tandas rumah kami! Dia berdoa. "Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam"

Dan dia pergi kpd wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm ni! Balik ke rmh, dia akan bersyukur, Alhamdulillah kpd Allah yg beri taufiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm ni"

Tetapi malangnya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran.Jadi mereka sangka dia buat jahat!

Kata isterinya, saya dah kata kpdnya. "Jikalau awak mati, tak akan ada sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu!"

Tetapi dia gelak & jawab balik.
"Jangan takut! Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama & wali-wali Allah!"

Maka menangislah Sultan Murad. Beliau berkata,
"Benarlah kata si arwah.
Aku ialah Sultan Murad!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikannya"

Jadi pada keesokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara.Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya.

Maha Suci ALLAH !!!
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain.Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya akan brtambah taqwa kpd ALLAH..

Ya Allah! kurniakan kami sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...
jgn buruk sangka dgn org lain
anggaplah diri kita lagi hina dri org lain

Monday, 16 March 2015

Solat..

Bila kita anggap solat itu hanya penggugur kewajipan, maka kita akan terburu2 mengerjakannya..

Bila kita anggap solat hanya sebuah kewajipan, maka kita takkan nikmati hadirnya Allah saat kita mengerjakannya..

Anggaplah solat itu pertemuan kita dgn Tuhan,

Anggaplah solat itu cara terbaik kita bercerita dgn Tuhan,

Anggaplah solat sbg keadaan terbaik kita berkeluh kesah dgn Sang Pencipta,

Anggaplah solat itu seriusnya kita dlm bermimpi...

Bayangkan ketika azan Allah melambai kita utk semakin hampir kpdNya..

Bayangkan ketika takbir Allah melihat kita,senyum pada kita & Dia bangga terhadap kita..

Bayangkan.ketika rukuk Allah menahan badan kita supaya kita tak terjatuh & damai dlm sentuhanNya..

Bayangkan ketika sujud Allah mengelus kepala kita lalu berbisik lembut "Aku mencintai hambaKu"..

Bayangkan ketika duduk antara dua sujud Allah berdiri di depan kita & mengatakan " Aku takkan diam bila ada yg mengusikmu"...

Subhanallah! Sungguh nikmat solat yg kita lakukan kerana Allah tak pernah seinci jauh.

# saya ingatkan diri saya sendiri dan untuk peringatan bersama sahabat handai

Thursday, 12 March 2015

Bayangkan kita ada 'Pinocchio Syndrome' setiap kali kita menipu akan berlaku sesuatu dekat diri kita, mesti kita tak berani nak tipu kan? Sebab malu.
Tapi kan, kenapa kita berani menipu sedangkan Allah sentiasa perhatikan kita, tidak malukah kita pada Allah?
Allahu, ana pun sama 
 Banyak dosa
Pendosa tanpa noktah 

Sunday, 8 March 2015

Menutup aurat

Bukan menunjukkan ''Aku sudah baik''

Tapi menunjukkan :

''Aku ingin taat perintah Rabb ku ''

Allahumma Solli a'laa Muhammad