Monday, 23 February 2015

Bagaimana kita mahu bersangka baik dgn Allah jika kita tidak mampu bersangka baik sesama makhlukNya.. bagaimana mendapat kelazatan iman jika ibadah kita diselangi dgn kemaksiatan dan kemungkaran... bagaimana kita merasa tenang bila kita cuba mendekati Allah tp dlm masa yg sama kita membawa diri kita jauh drNya dgn lisan dan perbuatan kita... pandanglah dunia dgn pandangan akhirat... jgn menilai manusia... itu bukan kerja kita... jgn menunding jari kpd org lain.. walhal 4 jari lg menuju arah kita sendiri... org yg menilai keburukan org lain adalah org yg bodoh kerana tidak mampu menilai keburukan diri sendiri...
.
Allahumma solli alaa Muhammad...
sobahulkhoir... Assalammualaikum..
.
jaga lisan..
jaga perbuatan
Faham Hadam dan khatam...

Thursday, 12 February 2015

"Sekiranya hidup di dunia kita mengikut segala perintah Allah, maka sudah pasti "hentian terakhir" kita ialah syurga"
Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Amin ya rabb
12 februari tarikh yg sama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna meninggal dunia
Kita disini mungkin sedih dgan pemergiaannya tapi tok guru mungkin sedang senyum gembira di sana
Insyallah
Syurga bagiNya
Mlm jumaat bertemu pencipta
Tanpa hisab
Petanda org baik Allah tunjukkan
Tenang lah tok guru di sana

Monday, 9 February 2015

Tazkirah Ringkas

"Tak payah nak sedih ditinggalkan
manusia kalau diri pun pernah tinggalkan Pencipta."

Mendalam.

💕 آللهم صلى على سيدنا محمد 💕

Monday, 2 February 2015

kisah benar dari seorang ukhti. semoga bermanfaat buat mujahidah.

Assalamualaikum.
Satu cerita, ingin dikongsikan bersama kalian muslimat ku syg.
.
Masa dulu, masa arwah ibu ada. Ibu suka belikan ana baju, kalau ada org datang jual baju ka.
Dia selalu tanya ckp "kakak pilih lah"
Ana pun okay je lah kan.
Ana ambil lah dua helai, satu rm80 satu lg rm90. Mahalkan?
Ibu ana berhutang.
Ana taktahu pun. Ingat dia byar hbis. Rupanya dia hutang. Sampai dia meninggal, baru ana tahu selama ni dia beli apa apa kat kami adik beradik. Semua hutang. Dia tak kerja. Abh pula jarang beri duit kat ibu.
Ana kesian tgok ibu :')
Banyak pengorbanan dia untuk kami adik beradik. Dia bg kami mcm mcm, sdgkan dia bergelumang dgn hutang.
.
Tapi itu dulu. Sekarang ana dah taksuka berhias. Ana cuma suka satu warna je. Warna hitam :')
Pakaian pertama ana mulakan penghijrahan. Abh hadiahkan jubah hitam pada ana, ana beli tudung labuh warna hitam pakai duit ana.
Ana beli niqab, sarung tangan jari dan satu sarung kaki.
Ana pakai. Duduk dpn cermin.
Ana tengok, dalam hati "Allahurabbi, tenang. Tenang memakai pakaian ini"
Rasa damai. Rasa terselindung.
.
Selama 11 bulan penghijrahan ana, ana cuma ada 2 helai jubah hitam. Satu helai tudung labuh hitam, 3 sarung tangan hitam, 2 sarung kaki hitam. 3 niqab hitam :')
Setiap kali ana keluar, ana pkai dua jubah ini je lah. Ana tak mintak kat abh. Sebab ana tahu, jubah mahal.
Sampai ada org tegur ana "kau ni tak ada baju lain dah ke?" tiap kali keluar bju sama je.
Apa ana rasa? Sedihh. Tapi, dgn dua jubah yg dah 11 bulan diganti pakai. Ana rasa ana dekat dgn Allah. Ana rasa ana pkai mcm tu, takda siapa hirau. Ana rasa gembira mcm tu.
Ana tak kisah org nak kata apa. Tapi, kalau ana ada duit. Ana nak beli sehelai lg jubah hitam, untuk tahun 2015 ni. Kenapa sehelai? Sebab ana tahu jubah mahal :')
.
Sekian cerita dari ana.
@MujahidahHinaDihadapanManusia,InginMuliaDimataAllah