Friday, 30 January 2015

pleasure to follow their instagram

@lara_roxanne
@epysnyper
@alipaqa

Sunday, 18 January 2015

"JANGAN CEMBURU PADA WANITA SEKSI"

Jangan pernah cemburu kepada wanita yang
suka berpakaian seksi.
Tapi cemburulah kepada wanita yang selalu
menutup aurat.

Jangan pernah cemburu kepada wanita yang
lebih cantik dari kita.
Tapi cemburulah kepada wanita yang lebih
sholehah dari kita.

Jangan pernah cemburu kepada wanita yang
punya suami kaya dan berjaya.
Tapi cemburulah kepada wanita yang punya
suami sholeh dan bertakwa.

Jangan pernah cemburu kepada wanita
menjadi pujaan dan rebutan para lelaki.

Tapi cemburulah kepada wanita yang
dihargai dan dihormati para lelaki.

Saturday, 17 January 2015

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.

Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.

Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.

Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.

Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.

Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.

Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.

Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.

Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.

Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.

Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.

Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.

Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.

Berbahagialah duhai muslimah.

Cut!

Penat juga membebel.
Dah habis masa pegang watak nenek tua pakai tongkat yang banyak berleter.

Sekarang harus tukar watak sebagai seorang gadis muda dan cantik lebih daripada Katie Holmes yang perlu menelan apa jua yang dikata oleh nenek tua.

Friday, 16 January 2015

Untunglah Ada Orang Sayang
Ayat Ni Biasa Kita Dengar
Kan..?? 
Kenapa Tak Cakap Bersyukurlah 
Sebab Allah SWT
Sentiasa Sayang Kita.. 

Sunday, 11 January 2015

Malu?
Semua manusia, punya rasa malu dalam diri.

Tahukah anda yang sifat malu itu sebenarnya perisai diri?
Bertuahlah mereka, yang pupuk sifat malu setebal-tebalnya dalam diri. Dan rugilah mereka yang kikis sifat malu.

Nabi Muhammad SAW dulu mengangkat martabat seorang wanita. Daripada hanya menjadi pemuas nafsu lelaki, sekarang wanita itu mahal. Dan kenapa? Masih ada segelintir manusia yang kecewakan Nabi Muhammad SAW?

Kenapa sanggup hancurkan hati hero kita, Nabi Muhammad SAW?
Adakah anda rasa, baginda akan terharu melihat kita yang sekarang ini macamni?

Tolonglah. Tolonglah. Tolonglah.

Jangan sesekali, gadaikan maruah diri kepada lelaki. Dia bukan suami. 
Biarlah kita tak cantik, tak lawa, janji maruah diri kita jaga.

Tahukah?
Andai hilang maruah diri, apa lagi yang berharga pada kita?
Nothing.

Sabda Nabi SAW; "Jika kau tidak punya rasa malu, lakukanlah apa sahaja yang kau mahu."

Muslimah solehah.
Mahalkan diri, junjung maruah sendiri.
Jangan pernah gadaikannya, walaupun sesekali.

Ingat.
Jangan kecewakan Nabi lagi?
Please.

Tuesday, 6 January 2015

Kata pepatah arab,
"Ubati luka dengan kadarnya."

Maksudnya,
"Bila luka di hujung jari, letak ubat di bahagian jari yang luka saja. Jangan dibalut tangan itu sampai ke lengan."

Sama seperti menghadapi masalah.
Masalah kecil jangan diperbesarkan.
Kalau masalah besar, diperkecilkan.
Kalau tidak, hidup kita tidak akan tenteram, sentiasa bermasalah.

~Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid~

Thursday, 1 January 2015

......Dan aku.......

Assalamualaikum....

Hmmmm....

Tak tahu nak mula dari mana...
Tak tahu nak buat muqadimah apa.....

Yang aku tahu....
aku nak menaip sesuatu...


Aku nak jadi inspirasi....
Inspirasi yang mampu menaikkan semangat orang sekeliling aku..
Aku nak jadi someone...
yang menjadi tulang belakang perjuangan sahabat-sahabat aku...

Aku nak meyumbang sesuatu...
Untuk kebangkitan ummah...
Aku nak meransang sesuatu..
Yang trigger semangat juang ummah...


Hmmm...
Sesuatu yang tidak lahir dari hati..takkan sampai kat hati yang lain..
Syarat nak sampaikan sesuatu dari hati...Hati tu kena bersih...

Tapi....
adakah hati aku clean n clear enough untuk touch hati orang lain...??

Aku pernah terpikir...
Aku tak baik....
Aku tak soleh/ah...
Aku tak 'alim...

Tapi..
Kenapa aku dipilih untuk join usrah..?
Kenapa aku dipilih untuk faham "those" things...?
Kenapa aku kene buat kerja-kerja dakwah ni..?
Kenapa aku berada dalam jalan dakwah ni....?
Kenapa aku yang dipilih...?
Kenapa aku...
Kenapa..kenapa dan kenapa.....????

Hmmm...
lalu....
Allah sampaikan jawapan melalui ketua usrah aku...
Tetibe tajuk usrah masa tu "Kenapa Aku Di Sini"

*Gedebuk*

Rasa cam Allah nak kate..
"awat hang banyak sangat nak persoalkan..? Aku dah rancang dgn baik dah hidup hang...Hang x percaya Aku ka..?"

Dan....jawapan yang aku dapat.......................

*****************************

"Pernah tak dalam hidup kita..kita persoalkan..kenapa aku yang Allah pilih untuk berada di sini...? Aku dah la tak baik....hidup pun tunggang langgang...
Tapi...kenapa aku yang kene paham semua ni..? "

"Mustahil x dek yang tak persoalkan an...."

"Nak tahu tak ape jawapannye..."

"Jawapannye ialah...."

"Allah pilih kita sebab...."

"ada bahagian dari kita yang Allah nampak special...kita ni special di mata Allah.."

"walaupun kita ni rasa diri kita x baik...tak soleh/ah macam orang lain...Kita rasa diri kita tak kuat untuk berada dalam jalan ni..."

"Tapi....Allah nampak kita ni sangat special.....teramat special..."

"sebab tu Allah pilih kita..."

"entum rasa entum tak kuat..."

"Tapi...Allah kata entum strong enough...dan...tambah lagi...entum ada ana..entum ada sahabat-sahabat lain...Paling penting...ENTUM ADA ALLAH"

"Kita kat sini...bukan orang yang dah cukup baik...tapi...kita kat sini...semua nak jadi baik...Ana ulang sekali lagi..KITA IALAH ORANG YANG NAK JADI BAIK"

"Kalau ada yang rasa nak undur diri dari jalan ni..."

"Ana mohon...kita ingat balik sejarah rasulullah menyebarkan dakwah...."

"Peluh, darah, dan air mata baginda Sollallahu 'alaihi wasallam mengiringi jalan dakwah ni..."

"Nanti....one day later...Bila kita bertemu dengan Rasulullah...bila Rasulullah tanya.... "Wahai anda yang menjadi umat ana...apakah yang anda lakukan bagi meneruskan perjuangan ISLAM yang dah ana mulakan..?"

"Lalu...pada saat tu...apa jawapan yang akan kita sediakan untuk menjawab soalan baginda..?"

"Ya rasullallah..Ana tak buat apa-apa...ana pernah join usrah..tapi..ana berhenti sekerat jalan.."

"Takkan itu jawapan yang entum...yang kita akan bagi..?"

"Allahu...cuba bayangkan apa perasaan baginda masa tu...?"

*************************
Dan...pada masa tu...apa yang aku mampu lakukan hanya lah...

menangis....

Sebab.......terasa kasih sayang Allah mengiringi nafas aku...
Tapi..adakah kasih sayang aku wujud untuk Allah...dan Rasulullah....?

Until now...

Bila hati bertanya...
Kenapa aku di sini....
jawapannya...

"Sebab...Allah nampak aku special....Aku special pada pandangan Allah...Allah nak aku berjuang untuk agama DIA..."

Yup...Aku special..

Dan...aku tak nak kecewa kan Rasulullah yang dah mulakan perjuangan ni dengat 1001 keperitan...
Dan...aku tak nak sia-sia kan peluang yang ada...Allah letak aku di sini..Aku pilih aku di sini...

Sudah sudah la tu rasa nak futur..

AYUH SYABAB AGAMA....BANGKITLAH DEMI UMMAH...!!!

AYUH SYABAB AGAMA...UMMAH MEMERLUKAN ENTUM !!!


wallahu a'lam...