Saturday, 13 December 2014

Sebutlah Banyak2 Olehmu Akan Besarnya Allah
Hebatnya Allah 
Perkasanya Allah 
Agar Lenyap Di Hati Kamu Kebesaran Makhluk 
Tangisan Kerana Makhluk Dan Cinta Kamu Kepada Makhluk 

~shawal shamsudin~

Wednesday, 10 December 2014

Manusia biasa
malas solat
malas baca quran
malas nak tutup aurat ngn smpurna
malas zikir
malas nak cari ilmu
Tapi ada hati nak masuk syurga atas rahmat Allah.
Sedangkan Nabi yang telah dijanjikan syurga pun, tetap solat sampai bengkak kaki. 

~mr the all shared~

Monday, 8 December 2014

Jika wajah yang membuatkan mu jatuh cinta maka bagaimana engkau mencintai ALLAH ﷻ dan RASULULLAH ﷺ yang tidak pernah engkau lihat pada pandangan mata kasar mu

~mohd ashraf yussof~

Wednesday, 3 December 2014

Apabila sesuatu hubungan yang terjalin itu tidak berlandaskan syariat Allah dan didikan Rasulullah
maka sukarlah bagi hubungan itu untuk berkekalan
Banyakkan istighfar
Mohon keampunan Allah
Kerana kita terlalu lalai mengejar cinta manusia
sehingga terlupa adanya cinta Dia
Bila kau ingin lakukan maksiat
tiba tiba jantung mu berdebar dengan kuat 
tu tandanya kau masih punya iman
tinggalkan segera maksiat tersebut
kerana bimbang ,kalau kalau debaran itu hilang 
bermakna hilanglah imanmu