Saturday, 29 November 2014

Mati boleh datang kepada kita pada bila-bila masa saja.
Apakah setiap saat dalam hidup kita, kita sentiasa persiapkan untuk menghadapinya?
Kematian bagaimanakah yang kita inginkan?
Dalam keadaan tetap taat kepada Allah s.w.t. atau ditarik ketika sedang bermaksiat?

Kalau mati pun kita tidak tahu bila, maka apakah yang membuatkan kita begitu yakin yang kita masih punya peluang taubat setelah sentiasa lalai dan lupa kepada Allah s.w.t?
Segerakanlah taubat dan pengembalian kepada Allah.


~Afdholul Rahman CA~

Friday, 28 November 2014

Jika kau betul2 hendak berhijrah
Dan
Kau sanggup tinggalkan sesuatu perkara kerana penghijrahan kau ke arah kebaikan
Jangan risau kerna Allah akan menggantikan nya dengan yang lebih baik

~nurin afifah~
" Kita nak berubah , Allah akan hantar pelbagai bentuk ujian . Untuk Allah nilai sejauh mana kita sabar dan redha . . Itu tanda Allah sayang . Ujian tanda Allah peduli pada kita . . " 


  ~Muyas~