Tuesday, 14 January 2014

Dari titisan air kita belajar ketenangan
Dari batu kita belajar ketegaran
Dari tanah kita belajar kehidupan
Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri
Dari padi kita belajar rendah hati
Dari Allah Azza Wa Jalla kita belajar tentang kasih yang sempurna
Kerana tidak ada orang yang sempurna
Kerana kesempurnaan itu hanya Milik Allah Azza wa Jalla

Saturday, 11 January 2014

Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita.
Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.
Jika PERKATAAN kita bersih , maka bersih pula PERBUATAN kita
ketika kita dalam perjalanan untuk menuntut ILMU, tumbuhan yang ada di sekeliling dan Malaikat akan mendoa kan untuk kita sepanjang kita dalam perjalanan

Thursday, 9 January 2014

Allah tidak akan memberikan ujian yg tak mampu dipikul oleh hambaNya...nescaya setiap ujian pasti di sertakan dgn rahmat Allah pada hamba yg sabar dan redha

Wednesday, 8 January 2014

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 
10. Orang yang sedang makan sahur. 
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Baca ayat KURSI setelah selesai solat,maka jarak KAMU dan SYURGA hanyalah KEMATIAN

Sunday, 5 January 2014

Apabila kita bersin , tanpa disedari kita telah mati selama 0.02 saat.
Sebab itulah sunat kita ucap Alhamdulillah lepas bersin, tanda bersyukur kepada Allah kerana masih hidup . Subhanallah

Friday, 3 January 2014

Ketika Allah menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersyukur. Ketika Allah menunda menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersabar.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa