Saturday, 13 December 2014

Sebutlah Banyak2 Olehmu Akan Besarnya Allah
Hebatnya Allah 
Perkasanya Allah 
Agar Lenyap Di Hati Kamu Kebesaran Makhluk 
Tangisan Kerana Makhluk Dan Cinta Kamu Kepada Makhluk 

~shawal shamsudin~

Wednesday, 10 December 2014

Manusia biasa
malas solat
malas baca quran
malas nak tutup aurat ngn smpurna
malas zikir
malas nak cari ilmu
Tapi ada hati nak masuk syurga atas rahmat Allah.
Sedangkan Nabi yang telah dijanjikan syurga pun, tetap solat sampai bengkak kaki. 

~mr the all shared~

Monday, 8 December 2014

Jika wajah yang membuatkan mu jatuh cinta maka bagaimana engkau mencintai ALLAH ﷻ dan RASULULLAH ﷺ yang tidak pernah engkau lihat pada pandangan mata kasar mu

~mohd ashraf yussof~

Wednesday, 3 December 2014

Apabila sesuatu hubungan yang terjalin itu tidak berlandaskan syariat Allah dan didikan Rasulullah
maka sukarlah bagi hubungan itu untuk berkekalan
Banyakkan istighfar
Mohon keampunan Allah
Kerana kita terlalu lalai mengejar cinta manusia
sehingga terlupa adanya cinta Dia
Bila kau ingin lakukan maksiat
tiba tiba jantung mu berdebar dengan kuat 
tu tandanya kau masih punya iman
tinggalkan segera maksiat tersebut
kerana bimbang ,kalau kalau debaran itu hilang 
bermakna hilanglah imanmu

Saturday, 29 November 2014

Mati boleh datang kepada kita pada bila-bila masa saja.
Apakah setiap saat dalam hidup kita, kita sentiasa persiapkan untuk menghadapinya?
Kematian bagaimanakah yang kita inginkan?
Dalam keadaan tetap taat kepada Allah s.w.t. atau ditarik ketika sedang bermaksiat?

Kalau mati pun kita tidak tahu bila, maka apakah yang membuatkan kita begitu yakin yang kita masih punya peluang taubat setelah sentiasa lalai dan lupa kepada Allah s.w.t?
Segerakanlah taubat dan pengembalian kepada Allah.


~Afdholul Rahman CA~

Friday, 28 November 2014

Jika kau betul2 hendak berhijrah
Dan
Kau sanggup tinggalkan sesuatu perkara kerana penghijrahan kau ke arah kebaikan
Jangan risau kerna Allah akan menggantikan nya dengan yang lebih baik

~nurin afifah~
" Kita nak berubah , Allah akan hantar pelbagai bentuk ujian . Untuk Allah nilai sejauh mana kita sabar dan redha . . Itu tanda Allah sayang . Ujian tanda Allah peduli pada kita . . " 


  ~Muyas~

Tuesday, 21 October 2014



Kenapa Hawa diciptakan dari Tulang Rusuk yang bengkok:
Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa?
Ini kerana
Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,

Supaya aku menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.
Dan,
Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.
Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..
Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
Wahai Adam, mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.
Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu
Kata Cinta :
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Saturday, 18 October 2014

Apabila berdosa segeralah bertaubat, sekiranya berhutang segeralah bayar, jikalau mempunyai khilaf dengan teman2 segeralah minta maaf. Kita mungkin tiada esok.
hidup ini seperti perjalanan, setiap hari semakin dekat dengan akhir perjalanan ini
tanda hati kita rosak adalah apabila kita rasa malas dan berat untuk beribadah kepada Allah

Friday, 17 October 2014

Keburukan manusia adalah selalu lupa atas apa yang dia miliki tetapi mengingat apa yang dimiliki oleh orang lain.
sunset at Port Dickson

Thursday, 15 May 2014

Tuesday, 13 May 2014

#look at her face. I dont know why she stare at me like that. Just like she wanna eat me errr

Thursday, 8 May 2014

Sebaik-baik wanita apabila dia berada di suatu tempat. Org ramai tidak perasan pun dengan kehadirannya disebabkan pakaian dan perhiasan yg bersederhana
-Ustaz Halim Din-

Wednesday, 7 May 2014

jika anda sendiri tak tahu menjaga harga diri, 
usah bertanya mengapa orang lain tidak menghormati anda

Monday, 5 May 2014

#RamleeAwangMurshid autograph
#soooooohapppppyyyy
#proud met him
#favourite novelis

Tuesday, 18 March 2014

Sebuah kapal terbabas dari radar, riuh seluruh dunia. Tapi bila umat Islam tersasar dari radarnya, tiada yang peduli. Ingatlah, setiap kenderaan ,Allah SWT sudah letak jalannya,Allah SWT sudah letak landasannya, Allah SWT dah letak radarnya.Keretapi dengan landasannya. Kapal terbang dengan radarnya, kereta dengan jalan rayanya. Begitulah dengan kita yang dalam perjalanan ke akhirat, ada radarnya.
"Radarnya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Bila terbabas dari radar ini maka sesat. Rosak binasa kehancuran. Itulah aturan Allah SWT".

Thursday, 13 March 2014

DOA & IMPIAN SETIAP WANITA :-
Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh,
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya,
Yang sentiasa memperbaiki dirinya,
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..

Yang baik akhlaknya,
Yang menerima kami apa seadanya,
Yang membimbing kami dengan lemah lembut,
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb.

Kabulkan, Ya Allah.. Amin...


Sunday, 9 March 2014

Orang aniaya kita, sabar.
Orang buka aib kita, sabar.
Orang tipu kira, sabar.
Rasa nak marah, sabar.
Rasa nak tumbuk muka orang tu, sabar.

Senyum, dan sabar

Sunday, 9 February 2014

#street cat
# met her on my way to RTM Angkasapuri

Thursday, 6 February 2014

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
"Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI"

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Tuesday, 14 January 2014

Dari titisan air kita belajar ketenangan
Dari batu kita belajar ketegaran
Dari tanah kita belajar kehidupan
Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri
Dari padi kita belajar rendah hati
Dari Allah Azza Wa Jalla kita belajar tentang kasih yang sempurna
Kerana tidak ada orang yang sempurna
Kerana kesempurnaan itu hanya Milik Allah Azza wa Jalla

Saturday, 11 January 2014

Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita.
Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.
Jika PERKATAAN kita bersih , maka bersih pula PERBUATAN kita
ketika kita dalam perjalanan untuk menuntut ILMU, tumbuhan yang ada di sekeliling dan Malaikat akan mendoa kan untuk kita sepanjang kita dalam perjalanan

Thursday, 9 January 2014

Allah tidak akan memberikan ujian yg tak mampu dipikul oleh hambaNya...nescaya setiap ujian pasti di sertakan dgn rahmat Allah pada hamba yg sabar dan redha

Wednesday, 8 January 2014

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 
10. Orang yang sedang makan sahur. 
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Baca ayat KURSI setelah selesai solat,maka jarak KAMU dan SYURGA hanyalah KEMATIAN

Sunday, 5 January 2014

Apabila kita bersin , tanpa disedari kita telah mati selama 0.02 saat.
Sebab itulah sunat kita ucap Alhamdulillah lepas bersin, tanda bersyukur kepada Allah kerana masih hidup . Subhanallah

Friday, 3 January 2014

Ketika Allah menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersyukur. Ketika Allah menunda menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersabar.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa