Thursday, 27 October 2016

Niqabis Yang Makin Pudar

Saya percaya masih ada niqabis yg benar2 beramal dengan maruahnya. Beramal dengan kalam "tidak melihat dan dilihat". Mungkin 1 dalam 1000 yang ada zaman kini

Pernah jadi ketegasan pendirian seorang niqabis mengelakkan wajahnya dilihat calon suaminya, dia cakap "Kalau benar kerana Allah, tidak perlu lihat foto dan berjumpa, anda rapat dengan abah saya, maka bagaimana rupa abah itulah anak2nya".. masyaAllah

Lebih 10 tahun lalu, saya masih di madrasah. Masa tu saya sangat takutkan dan hormati niqabis. Kalau terserempak dua2 akan patah balik. Golongan yang tersembunyi, golongan yang kitorang takut nak terserempak. Kawan2 bilang "hantu zorro". Tiba2 muncul tiba2 hilang. Gitulah niqabis dulu2

Sekarang dah mudah, bukak fb insta dah bersepah. Cuci matalah si muslimin telinga tanduk. Yang ngaji pondok pon dah pandai selfie. Apatah lagi yang memfashionkan fesyen pakaian "ketinggalan" zaman ni. Pakaian yang hanya dipakai golongan agama dulu2. Orang2 moden mana nak pakai niqab2 ni dulu, takde class katanya

Wanita itu paling hampir dengan kemulian Nubuwwah. Yang membersihkan jalan para pejuang agama. Dalam rahimnya berpahala syuhada. Ditentukan syurga bawah kakinya. Dukacita sedih hatinya akan memilukan para malaikat. Kenapa memilih jalan yang menhancurkan maruah diri kalian? Kerana itu pakai kerana Allah dan sudah punya ilmu adab pada pakaian isteri Nabi ni

Saya sebagai brothers dan melindungi kalian sisters2 memohon, jagalah maruah diri. Hijab anda tersembunyi. Setiap inci tubuh anda adalah fitnah bagi lelaki

Mutiara itu mahal, terhijab di balik cengkerang yang keras, yang tersembunyi di dalamnya bertahun2, hanya mampu dijumpai mereka yang ahli mencari mutiara saja. Itulah hijab anda

Yang jenis melentik mata, biru2 mata, tapi pakai niqab,henti2 lah. Orang alim sering pesan, kalau sesuatu yang membawa mudarat pada agama, hentikanlah. Kalau pakai lebih bawa pada mudarat dan dosa diri, maka bukalah. Niqab untuk orang yang pemalu, yang tak tahu malu kenapa pakai

Saya sudah menegur makanya tanggungjawab dakwah saya dah terlepas, sekarang pada diri anda sendiri pula.

Tuesday, 18 October 2016

Jika Al HAQ menghendaki agar hambanya menjadi baik
maka DIA akan memberikan hidayah, mengajar mereka
mengawasi mereka, menerangi mereka
memberikan kesempatan kepada mereka
mendekatkan mereka kepada-NYA
dan memberikan sinar kedalam Hati mereka

@Syeikh Abdul Qadir Al Jailani RA

Saturday, 15 October 2016

Azam untuk hadir
Kembara Dakwah Al Habib Omar ben Hafizd 2016
Majlis umum
MAULID AKBAR
27 Oktober 2016 Khamis
6.00 Petang - 11.00 Malam
Masjid Hussein , Seremban II , Negeri 9
KULIAH SUBUH
28 Oktober 2016 Jumaat
6.00 pagi - 7.10 pagi
Masjid At-Taqwa, Kg. Paroi, Seremban , Negeri 9
MAULID AKBAR
28 Oktober 2016 Jumaat
7.00 malam - 11.00 malam
Masjid Muazd bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur
Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Sunday, 9 October 2016

Bergembiralah labuhnya tudungmu menghiasi rupamu berbanding singkatnya tudung itu mempamerkan mahkotamu
Berbanggalah menjadi wanita muslimah disaat wanita lain bangga menjadi wanita moden
Tak usah malu menyarung stokin semasa wanita lain sibuk menyingkatkan kain

@quotesdakwah

Assalamualaikum ustazah, mahu tnya skit..
,macam mane nak pastikan mandi wajib kite betul 2 sempurna terutamanya wanita yang memiliki rambut yg panjang..ade cara yg terbaik tak utk kite lakukan  mandi wajib ni?

Mohon penjelasan..

❣ Answer :

Cara Mandi Wajib Yang Betul
Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah adalah sama.

Friday, 7 October 2016

"Perempuan di zaman ini sudah ramai yang berniqab. Bagus tak jadi masalah. Itu boleh elak fitnah. Datang duduk majlis ilmu, tutup semua diri mereka yang boleh mendatangkan fitnah. Yang menjadi penyakit di zaman ini adalah perempuan itu sendiri yang membuka fitnah kepada khalayak ramai."

"Sebagai contohnya berniqab tutup habis, tapi bila ke majlis ilmu atau pasar ke apa, mengambil gambar selfie dan tunjuk mata kepada semua. Bukan ini prinsip untuk elak fitnah, malah mereka ini sendiri yang membawa diri mereka untuk difitnah."

-Syeikh Abdullah Al Jahaf حفظه الله 🌹

@notaalfaqir

Monday, 11 July 2016


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al Asr 103

Alhamdulillah @USRAHHIJRAH kembali dengan kelas perjumpaan bersama tetamu istimewa 5.0 iaitu Dai Hidayu & Dai Dayana. Juga penampilan khas founder UH sebagai moderator. Details seperti berikut:

Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, setiawangsa
Tarikh: 23 July 2016 (sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang

Ayuh kita ramai2 memeriahkan majlis ilmu ini. Sambil kita menimba ilmu kita juga boleh mengeratkan ukhuwah antara family UH dan sahabat diluar sana. In Shaa Allah 
Berikut merupakan tentatif program:

11:00 - pendaftaran & agihan goodies
11:20 - pimpinan bacaan doa by Naqibah UH dan sesi taaruf
11:30 - quiz & game
12:00 - talk santai bersama founder & naqibah UH
12:30 - persembahan poem by Arnessa
12:40 - sesi soal jawab
13:00 - buat persiapan solat zohor
13:50 - lunch berjamaah
14:00 - forum 'Wanita Netizen' by Dai Hidayu & Dai Dayana
15:00 - sesi soal jawab
15:30 - sesi penyampaian penghargaan untuk tetamu jemputan
15:40 - sesi bergambar
16:00 - bersurai

Bayaran dikenakan sebanyak RM25. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar, boleh hubungi 0172895213 (Ain) atau email usrahhijrah@gmail.com Penyertaan adalah TERHAD. Saya ulang TERHAD! Daftar sekarang sebelum tarikh daftar ditutup. Siapa cepat dia dapat!

Jangan lupa untuk tag sahabat² anda. Semoga sama-sama kita beroleh barokah, pahala dan manfaat daripadanya.
"Barang siapa yang menempuh satu jalan sukar untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan satu jalan untuknya ke syurga (HR Muslim)

#usrahhijrah #teamusrahhijrah #kembarahelza #teamusrahgadishijrah #spreaddakwah #prayforummah

Tuesday, 17 May 2016

missing u (;´༎ຶД༎ຶ`) (;´༎ຶД༎ຶ`)

Sunday, 8 May 2016

Bila gambar dicuri, diletak caption yang tak senonoh, masing-masing gelabah.

Kata Ummul Mu'minin, "sebaik-baik wanita, tidak memandang dan tidak dipandang". Berpakaian kerana sunnah Ummul Mu'minin maka ambillah kata-katanya.

Para Ulama banyak memberi nasihat atau kata hikmah terhadap pemakaian ini.

Hijrah bukan hanya dari sudut luaran, sudut pakaian, tetapi juga dari sudut dalaman, iaitu dari hati.

Bukan yang berniqab sahaja tak perlu upload gambar, malahan yang tidak berniqab pun tak perlu upload gambar.

"Saat ini, zaman ini, adakah sifat mulia Sayyidatina Fatimah Az Zahra RA terbenak pada wanita yang berada dirumah kita? Atau dirumah kita ada yang mengaku mencintai Rasulullah ﷺ akan tetapi pada masa ini, ketika masih hidup pun tidak terasa malu jika lekuk-lekuk tubuhnya telah menjadi bahan pameran?

Jangan sampai ada yang berkata "yang penting hati bersih". Hati Sayyidatina Fatimah Az Zahra RA sungguh jauh dan jauh lebih bersih dari hati wanita-wanita pada zaman ini. Kerana kebersihan hatilah, beliau sangat pemalu dan sentiasa menjaga auratnya".

Mahu terima atau tidak, itu terpulang. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Dan jangan sampai gambar kalian menjadi pemuas nafsu para lelaki.

Monday, 25 April 2016

Assalamualaikum. Kepada yang tertanya-tanya dan ternanti-nanti untuk join kelas @USRAHHIJRAH kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan berita baik kepada sahabat semua! Jom sertai sebahagian family UH pada kelas terbuka tahun 2016. Kali ini kelas @usrahhijrah bersama tetamu istimewa 4.0 iaitu Ustazah Shadiya Abbas dan Aiman Banna.
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, setiawangsa
Tarikh: 14 May 2016 (sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Alhamdulillah selepas beberapa bulan tak mengadakan kelas terbuka. Kini kami memberi peluang kepada sahabat diluar sana untuk menyertai family kami. Ayuh kita ramai2 memeriahkan majlis ilmu ini. Sambil kita menimba ilmu kita juga boleh mengeratkan ukhuwah In Shaa Allah 
Berikut merupakan tentatif program:
11:00 - pendaftaran & agihan goodies
11:20 - bacaan doa dan sesi taaruf
11:40 - quiz & game
12:10 - talk santai bersama founder & naqibah UH
12:50 - sesi soal jawab
13:10 - buat persiapan solat zohor
13:50 - lunch berjamaah
14:10 - talk 'aku ingin berhijrah' by Ustazah Shadiya Abbas dan Aiman Banna
15:00 - sesi soal jawab
15:30 - sesi penyampaian penghargaan untuk tetamu jemputan
15:40 - sesi bergambar
16:00 - bersurai
Bayaran dikenakan sebanyak RM20. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar, boleh hubungi (0146432917) atau email usrahhijrah@gmail.com Penyertaan adalah TERHAD. Daftar sekarang sebelum tarikh daftar ditutup. Siapa cepat dia dapat!
Jangan lupa untuk tag sahabat² anda. Semoga sama-sama kita beroleh barokah, pahala dan manfaat daripadanya.
"Barang siapa yang menempuh satu jalan sukar untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan satu jalan untuknya ke syurga (HR Muslim)
#usrahhijrah #teamusrahhijrah #kembarahelza #teamusrahgadishijrah #spreaddakwah #prayforummah